Wednesday, August 6, 2008

TPM- ALTANTUYA SHARIBUU

Sejauhmanakah kebenaranya Timbalan Perdana Menteri Malaysia Terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya wanita monggolia.

Pelbagai tomohan yang dilemparkan kepada TPM mengenai dengan kes pembunuhan wanita monggolia Altantuya Sharibuu. Bukan sahaja TPM malah isteri kepda TPM juga dikatakan terlibat sama sewaktu pembunuhan Wanita Monggolia tersebut.

Namun yang pasti kes yang berprofil tinggi ini masih didalam siasatan dan di bicarakan di mahkamah. Sidang pembaca sekalian negara kita mempunyai undang-undang yang mampu memberikan keadilan kepada sesiapa sahaja yang bersangkutan dengan undang-undang negara. Jangan lah terlalu mudah untuk membuat keputusan yang masih kita belum pasti sejauhmana kebenarannya.

KHIANAT @ JAHAT - LIWAT

Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa hari ni diatas tuduhan meliwat Bekas Pembantu Peribadi Beliau iaitu Mohd Saiful Bukhari.Walau bagaimanapun mahkamah telah memutuskan bahawa DSAI dibenarkan dengan ikat jamin sebanyak RM20,000 ringgit dan sebutan kes semula pada 10 september ini.

DSAI didalam kenyatannya DSAI mendakwa bahawa ini adalah tindakan yang mengkhianati beliau dan jahat keatas diri beliau dan ini adalah tuduhan kedua dibuat keatas diri beliau.

Sidang pembaca sekalian, perlu diingat bahawa negara mempunyai undang-undang dan polis biarlah mereka yang menjalankan undang-undang tersebut menjalankan kerja mereka.Laporan dari PUSRAWI yang didedahkan kepada rakyat Malaysia baru-baru ini adalah kenytaan yang benar ataupun sebaliknya.Saya boleh dikatan mejoriti diantara kita tidak tahu sejauh mana kebenaran laporan yang dibuat.